
Sudah Berakhir| Program Outreach
Program Outreach Kajian Tindakan Malaysia 2023

Sejak Malaysian Action Research Network (MARNet) ditubuhkan semasa tempoh pandemik Covid-19, semua program dan aktiviti yang dilaksanakan pada peringkat awal adalah secara dalam talian. Tatkala Malaysia melangkah ke fasa endemik, pihak Jawatankuasa MARNet merasakan terdapat keperluan untuk menganjurkan program dan aktiviti secara bersemuka. Justeru, Program Outreach Kajian Tindakan Malaysia 2023 merupakan program julung kali dianjurkan oleh pihak MARNet secara bersemuka.
Program ini merupakan program komuniti MARNet yang pertama dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Universiti-universiti awam Malaysia. Penganjuran bersama merupakan perkara yang sangat ditekankan oleh pihak MARNet memandangkan “kolaboratif” merupakan elemen utama dalam falsafah kajian tindakan.
Secara umum, Program Outreach Kajian Tindakan Malaysia 2023 bertujuan untuk memberikan pendedahan mendalam mengenai pelaksanaan dan pelaporan kajian tindakan kepada guru-guru sekolah rendah dan menengah serta warga kependidikan seluruh Malaysia. Melalui seminar dan bengkel yang direka bentuk khusus untuk pengamal-pengamal samada yang baharu atau yang telah lama bergiat dalam kajian tindakan.
Program ini akan dijalankan di lima Zon utama Malaysia merangkumi Zon Borneo, Zon Tengah, Zon Timur, Zon Utara dan Zon Selatan. Peserta dapat bertemu dengan bermesra dengan pakar-pakar kajian tindakan Malaysia selain dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang metodologi dan falsafah kajian tindakan.
Tiada yuran penyertaan yang akan dikenakan bagi peserta yang menyertai Program Outreach Kajian Tindakan Malaysia 2023. Ini adalah usaha MARNet bagi menyerbarluaskan kajian tindakan sebagai falsafah dan metodologi penyelidikan yang sah. Kendatipun begitu, adalah diharapkan peserta program merupakan ahli MARNet dan bagi yang belum menyertai MARNet, akan menyertai MARNet sebagai ahli seumur hidup.
Atucara Program

Pendaftaran

Seminar kajian tindakan berfokuskan kepada konsep serta ciri-ciri kajian tindakan. Peserta juga akan didedahkan dengan falsafah dan metodologi asas kajian tindakan yang akan menjadi asas kepada pelaksaan kajian tindakan yang berkualiti.

Rehat

Bengkel kajian tindakan menekankan kepada pelaksanaan kajian tindakan khususnya bagaimana ingin memulakan kajian tindakan yang berkualiti termasuk mereka bentuk objektif kajian dan memilih metodologi kajian. Peserta juga digalakkan untuk berinteraksi dengan fasilitor.

Rumusan
Sudah Berakhir | Programme Outreach
Zon Borneo

Penganjur Bersama

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
Fasilitator

Dr Zailah Zainudin
Malaysian Action Research Network (MARNet)

Dr Amirul Shah Md Shahbudin
Universiti Sains Malaysia

Penolong Professor Dr Nazatul Akmar Mokhtar
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Galeri Foto










Keterangan Program
- Tarikh
- 9 Jun 2023 (Jumaat)
- Masa
- 07:30 pagi - 04:30 petang
- Lokasi
- Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
- Yuran
- Percuma
Sudah Berakhir| Programme Outreach
Zon Tengah

Penganjur Bersama

Fakulti Pengajian Bahasa Utama
USIM Education & Skills Development Sdn Bhd
Fasilitator

Prof Madya Dr Fariza Puteh Behak
Universiti Sains Islam Malaysia

Dr Pang Jee Ching
SEGi University
Galeri Foto










Keterangan Program
- Tarikh
- 24 Jun 2023 (Sabtu)
- Masa
- 08:00 pagi - 12:30 tengah hari
- Lokasi
- DKF1.1 Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Yuran
- Percuma
Sudah Berakhir | Programme Outreach
Zon Pantai Timur

Penganjur Bersama

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Majlis Guru Cemerlang Terengganu
Fasilitator

Dr Satirah Ahmad
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
Galeri Foto










Keterangan Program
- Tarikh
- 8 Julai 2023 (Sabtu)
- Masa
- 08:00 pagi - 12:30 tengah hari
- Lokasi
- Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
- Yuran
- Percuma
Sudah Berakhir | Programme Outreach
Zon Utara

Penganjur Bersama

Universiti Sains Malaysia
Fasilitator

Dr Satirah Ahmad
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

Dr Amirul Shah Md Shahbudin
Universiti Sains Malaysia
Galeri Foto





Keterangan Program
- Tarikh
- 22 Julai 2023 (Sabtu)
- Masa
- 08:00 pagi - 12:30 tengah hari
- Lokasi
- Universiti Sains Malaysia
- Yuran
- Percuma
Sudah Berakhir | Programme Outreach
Zon Selatan

Penganjur Bersama

Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, Johor
Fasilitator

Dr Zailah Zainudin
Malaysian Action Research Network (MARNet)
Galeri Foto





Keterangan Program
- Tarikh
- 12 Ogos 2023 (Sabtu)
- Masa
- 08:00 pagi - 12:30 tengah hari
- Lokasi
- Sekolah Kebangsaan Cina (SJKC) Senai
- Yuran
- Percuma
Get In Touch
Contact
If you have any questions, please do not hesitate to contact the Secretariat or fill the form below.

Ms Zainoriza Zainun
event[a]marnet.my